Tuesday, July 26, 2005
latihan 3na

Cuti sekolah satu bulan sudah tiba. Saya, Ahmad dan Helmy sedang berjaln-jalan di pusat membeli-belah apabila kami ternampak sebuah kedai pelancongan. Kami ambil beberapa brosur. Selepas kami semua balik ke rumah saya, kami semua membuat keputusan untuk pergi ke Brazil untuk melihat hutan amazon. Kami sudah bertanya ibu bapa kami sebelum kami membuat keputusan untuk ke situ. Kami telah pun membeli tiket. Malam sebelum hari yang kami akan ke Brazil, kami semua mengemas dan mengatur baju-baju dan barang kami ke beg-beg kami.

Setelah sepuluh jam, akhirnya, kami sampai juga di Brazil. Selepas itu, kami menaiki teksi untuk ke kedai makan. Selepas itu, kami menaiki sampan bersama beberapa orang pelancong dan seorang pemandu pelancong. Pemandangan-pemandangan di situ sungguh menarik dan cantik. Sampai sahaja kami di situ, kami diberitahu untuk memasang khemah masing-masing. Kerana waktu sudah malam, kami semua berehat. Ada juga orang yang memasak makanan-makanan tin. Kami semua akan bermula perjalanan kami di hutan amazon keesokkan hari. 

Setelah semua orang sudah bangun, mandi, sarapan dan bersiap-sedia, kami semua bermula perjalanan kami di hutan amazon. Kami dapat melihat keindahan-keindahan hutan ini. Tapi, setelah beberapa jam, kami semua penat kerana cuaca panas terik.

Kerana kami semua sudah penat, pemandu pelancong membuat kepetusan untuk balik ke khemah-khemah kami. Esok pagi, kami semua mengemas barang-barang kami dan baju-baju kami kerana sudah tibanya kami semua balik.
    

Posted at 04:36 pm by saiful
Comments (4)  

Wednesday, July 20, 2005
3NA Unit 8 Bisikan Alam - Latihan Menulis Karangan Naratif

Katakanlah kamu dan berapa orang rakan telah melancong ke sebuah negara. Kamu telah melawat beberapa tempat yang kaya dengan ciri-ciri alam semula jadi. Dalam perjalanan kamu, kamu telah mencatatkan perkara yang berikut dalam jurnal.

Pendahuluan:
- Aku, Helmy dan Ahmad telah bercadang untuk pergi ke Hutan Amazon di Brazil. Kami sudah lama hendak pergi ke Brazil. Akhirnya, kami dapat simpan cukup duit untuk membeli tiga tiket penerbangan ke Brazil.
- Di dalam kapal terbang itu , kami bertiga sudah mula gembira. Sepanjang penerbangan kami, aku tidak dapat tidur kerana sungguh gembira. Ahmad dan Helmy di sebelah saya sudah lenyak tidur.


Isi 1:
-Setelah sampai ke lapangan terbang antarabangsa Brazil,kami terus pergi menaiki sebuah teksi ke kedai makan kerana kami sudah tidak boleh tahan kelaparan kami.
-Setelah puas bermakan, kami terus pergi mencari jet privet.
-Setelah sampai ke hutan amazon, kami terus memasang khemah kami di sebuah tempat yang bersebelahan air terjun.
- Kami telah bercadang untuk bermula perjalanan kami di hutan amazon hari esok.

Isi 2:
-Esok hari, selepas kami bersarapan pagi,kami terus bermula dengan perjalanan kami di hutan amazon.
-Kami sungguh berasa penat setelah dua jam berjalan dan menikmati keindahan-keindahan dunia ini.

Isi 3;
-Keesokkan hari, kami semua bangun dan bermandi-manda di kolam air terjun yang bersebelahan khemah kami.
-Selepas beberapa jam di dalam kolam air terjun itu, kami bersarapan sambil berbual-bual tentang pengalaman kami semalam.

Penutup:
-Selepas kami bertiga sudah habis bersarapan pagi, kami mengemas semua barang-barang kami.
-Selepas membuat sedemikian, kami terus menunggu jet privet kami.
-Jet privet kami membawa kami ke lapangan terbang antarabangsa Brazil,dimana kami akan menaiki kapal terbang balik ke Singapura. 











   

Posted at 09:00 am by saiful
Make a comment  

Friday, July 15, 2005
3NA-Unit 8-bisikan alam-Latihan perbincangan alam.

   
minuman: supaya kita ada air untuk meminum apabila dahaga.



kompas: supaya kita senang mencari jalan bila hilang jalan.


beg tidur: untuk kita tidur kalau kita bermalam di situ.


makanan dalam tin: untuk kita makan apabila kita lapar.


beg kecemasan: untuk kami menggunakan apabila kita ada kecederaan.

2: kerana mendaki gunung sungguh menarik.








Posted at 11:40 am by saiful
Comment (1)  

Friday, July 08, 2005
Speech Contest...

Hari ini, saya dan teman-teman saya telah ke sekolah dan dapat tahu yang hari ini ada peraduan pidato bahasa inggeris. Walaupun kami sudah penat dan mahu ke kelas kami, kami juga terpaksa menonton peraduan ini. Orang yang pertama memberi pidatonya adalah Eion. Dia telah memberi sebuah pidato yang sungguh bagus. Selepas itu, beberapa lagi orang yang memberi pidato-pidato mereka yang masing-masing. Selepas itu, kempat-empat pengadil memberi pilihan mereka untuk siapa yang akan jadi juara peraduan itu. Dan....... Selain itu..... Tidak ada apa-apa lagi yang dapat saya panggil menarik.  

Posted at 02:01 pm by saiful
Make a comment  

Hebatnya!

Kosa Kata:

1.sejenak:sebentar

2.bertempiaran:terpencar-pencar

3.rebah:tumbang

4.terpegun:heran
5.hulubalang:pemimpin pasukan


Pemahaman

1. Hang Tuah tidak mahu melawan musuh di laut kerana dia tahu jika tidak, mereka akan kalah
 kerana mereka terlalu ramai.

2. Peristiwa itu menunjukkan keberanian mereka kerana mereka telah menentang semua lanun- lanun yang agak ramai dengan senang.

3. Mereka tidak berani kerena orang mengamuk itu telah membunuh ramai orang.

4. Hang Tuah menangkis tikaman orang mengamuk itu terus melompat lalu menetak kepala
orang yang mengamuk itu.

5. Saya akan melawan orang itu dan membunuh dia secepat mungkin.

6. Pada pendapat saya, orang ramai meramalkan Hang Tuah kerana dia berani dan kuat. 

Posted at 11:29 am by saiful
Make a comment  

Friday, July 01, 2005
Hari Remaja.....

Hari ini, saya, kawan-kawan saya dan murid-murid sekolah saya menyambut hari remaja. Dewan sekolah saya sungguh bising kerana semua murid berasa gembira. Selepas mendengar pengetua sekolah saya memberi ucapannya, persembahan hari remaja pun bermula. Pertama sekali, rakan-rakan saya bermain alat percussion. Persembahan rakan-rakan saya itu sungguh menarik. Selepas persembahan itu, ada beberapa persaingan seperti persaingan kawan baik dan persaingan kekuatan. Selepas itu, ada persembahan nyanyian daripada menengah dua, dan juga persembahan tarian yang sangat lucu daripada murid-murid 4t1. Saya paling suka dengan persembahan percussion dan persembahan tarian itu. Itulah yang berlaku di sekolah saya sempena hari remaja ini.       

Posted at 11:39 am by saiful
Make a comment  

Wednesday, June 29, 2005
latihan surat tidak rasmi

SOALAN SURAT TAK RASMI

 

 

TULISKAN SURAT KEPADA TEMAN KAMU DI SEKOLAH LAIN TENTANG HARI PERTAMA KAMU DI SEKOLAH. CERITAKAN TENTANG PEMBAHARUAN DAN PERUBAHAN YANG KAMU ALAMI DI SEKOLAH. SERTAKAN PERASAAN KAMU APABILA HADIR DI SEKOLAH PADA HARI PERTAMA.

 

GUNAKAN ALAMAT KAMU SENDIRI.


Saiful Azhar
Blk 928 Yishun Central 1
#02-141
29.6.05

Kepada saudara ku di sekolah menengah serangoon garden

Saudara,

            Apa khabar? Harap anda sihat belaka.Saya di sini sihat.Untuk pengetahuan kamu, tentang pengubahan sekolah saya. Apabila balik ke sekolah Bishan Park Secondary selepas cuti sekolah satu bulan ini, saya nampak banyak perubahan di dalam sekolah. Satu daripada perubahan ini adalah system Homeroom. Dengan system ini, murid-murid harus berjalan ke kelas masing-masing daripada cikgu  ke kelas murid-murid itu. Sekolah kami telah mengubahkan warna bangunannya.Semua murid-murid  sekolah saya akan diberi sebuah lemari di sekolah. Tetapi kita harus membayar duit sewa.
  
 Perasaan saya semakin seronok kerana hari remaja semakin dekat. Rakan-rakan saya akan membuat persembahan seperti bermain alat-alat muzik dan menari.

 Bagaimana dengan anda? Adakah  perubahan di sekolah anda? Apakah perasaan anda setelah sebulan bercuti dan selepas membuka sekolah?


Posted at 08:45 am by saiful
Make a comment  

Monday, June 27, 2005
balik ke sekolah

Hari ini, saya susah hendak bangun pagi untuk ke skolah.... Sebernarnya, saya tidak mahu bangun untuk ke sekolah hari ini. Saya sudah biasa bangun lambat semasa cuti sekolah satu bulan itu.. Tetapi, saya akhirnya bangun untuk ke sekolah. Selepas bermandi, memakai baju dan bersarapan pagi, saya keluar dari rumah dan menaiki bas 169. Setelah memasuki sekolah, saya harus mendengar perbualan bosan dari Mr. Vasu. Selain itu, tiada apa-apa kejadian yang menarik.....    


Posted at 01:01 pm by saiful
Make a comment  

   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed